Thursday 10 November 2011

salam kemaafan ku pinta dari semua bloggers .

Assalammualaikum dan hai sume !

Ya Allah , dah lama sgt aku tak jenguk blog aku nih . Dah bersarang labah-labah dah ni . Ish . First of all aku nak mintak maaf kat korg sume sebab dah lama aku tak update blog . blogwalking takyah ckp la . Pun dah lama aku tinggalkan . sedih sangat . sebenarnya banyak cerita yang ingin aku kongsikan bersama korang . Tp masa dan ketika tidak mengizinkan aku untuk bersama-sama melayari bahtera di blog . * okay ayat skema .
Ade beberapa cerita kehidupan ingin aku kongsikan bersama korang sepanjang aku tak update blog ni .

1.Result exam bagi semua pelajar UiTM.- Sebenarnya sedih skit nak cerita pasal result ni , sebab keputusan aku sangat lah tidak memberangsangkan . 3 hari jugak nak hilangkan kesedihan ni sebenarnya , tapi aku tabahkan hati . Mana tak sedih , aku dah berusaha , tidur pun sejam dua jam je masa minggu exam tu , kadang-kadang tak tidur pun , tapi itu keputusannya , redha jelah kan . Mak dan abah pun redha je dgn keputusan aku . Orang kata kita bangkit dari kegagalan . Takpelah , mungkin jalan aku untuk berjaya agak perlahan sikit berbanding orang lain . Kepada yang telah berjaya dgn cemerlang , aku ucapkan TAHNIAH buat korang semua . Semoga pencapaian anda berkekalan :)

2. Sambutan hari lahir yang ke 18 tahun .Tanggal 5 November 2011 genap la LAPANBELAS tahun aku bernafas di mukabumi Allah ni . Alhamdulillah terima kasih ya Allah kerana memberi peluang untuk aku terus hidup . Dan Alhamdulillah masa dekat-dekat bfday tu murah rezeki . Bisnes aku berjalan dengan baik , jadi dpt la aku beli Kek Cheese guna duit sendiri . Sebenarnya nak beli kek blueberry cheese , tapi masa tu dah habis pulak . So dapat la kek cheese je . Ni gambar kek aku . Biasa je , tak nak hebat2 sangat . Aku pun dah besar :))


Itulah Ghopenyee kek aku . So umo dah semakin meningkat , mestila dah tahu fikir yang mana baik , yang mana buruk . Harap aku dapat jadi anak yang solehah disamping menjadi hambaNya yang taat . Amin .


Dan akhir sekali aku nak ucap thanx sgt² kepada yang sudi lagi melawat blog aku walaupun aku dah lama tak update . thanx for your support friends . sayang korang sangat² . dan sebelum terlambat aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua umat Islam . :)

Salam dan tatata :D


2 comments:

Anonymous said...

happy belated birthday fyra

fyra roslan said...

thanx sis nina :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
HAK CIPTA TERPELIHARA BY : CIK FYRA .