Saturday 1 October 2011

Merdeka, merdeka , merdeka !!!

Assalammualaikum n hai all .

Dah lama cik fyra tak update belog . Bukan apa , busy sikit study utk final exam . Heheh . Btw , mesti korg tertanya-tanya kenapakah cik fyra ni bersemangat sangat update post pasal merdeka ni . Merdeka dh habis baru terhegeh-hegeh nak promote . Seperti yg korg akan jangkakan , sebenarnya cik fyra baru sahaja merdeka dari Final Exam yang berakhir pada 29 September 2011 yang lalu . Sory la lambat update , takde masa , TIDOOO je keje . # ganti tido yg tak cukup . Huahuahua . 

Sepanjang minggu exam ni , memang orang kata 'makan tak kenyang , tido tak lena , mandi tak basah ' lahh sebab risau punya pasal . Adehh , Final Exam betul-betul boleh bikin semua student jadi GILAK . Haiyoo . Dengan kejadian Histeria kat kolej tu , lagi lah menambahkan rasa risau . Masa minggu exam ni , ragam manusia memang lain dari yang lain ! HAHA .

Okay , story pasal dewan exam plak , SEJUKK nya takyah cakap la . cik Fyra rasa dah macam duduk dalam peti ais . Freezing !! Pengawas-pengawas tu macam tak reti plak nak slow kan aircond tu . Akibatnya , ramai yg demam la, selesema la . Haishh . Ni adalah suasana dalam dewan tu .







Tengoklah tu , ramai pelajar yang berbaju sejuk dah macam kat luar negara pulak . HAHA . Yg tk pakai sweater atau apa-apa tu , cik fyra tak tahu la dorg ni guna lemak apa sebab dalam tu memang sejuk sangat-sangat . Erghhh ! >.< . Walaupun sekarang dah lega dgn Merdeka yg kali ke berapa ntah ni , tp cik fyra tetap risau dgn result nanti . 'Ya Allah Ya tuhanku , kau berikanlah kecemerlangan kepada diriku dan rakan-rakan seperjuanganku Ya Allah . ' Aminnn . Sekarang ni Final exam dah habis , apa plan Cik Fyra ek cuti sebulan lebih ni ? Korang nak tahu ? Nantikan entri yang seterusnya . Ngeee :)

p/s : Cik Fyra tak berapa sihat di saat ni , so taip entri pendek je . Ape-ape pun , thanx u all for reading .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
HAK CIPTA TERPELIHARA BY : CIK FYRA .