Saturday, 24 September 2011

Lelaki, tolong jawab ni : Adakah anda terima wanita terlanjur sebagai isteri?

Assalammualaikum dan hai semua . 

Opss . pagi² buta lagi cik fyra dah postkan isu sensitif lagi hangat . Mesti korg ckp "ape kebende lah minah ni tanya soalan cam gampang !" Yelah , sapelah cik fyra ni nak tanya isu-isu macam ni kat korg , dahla newbie lagi , ade haty nak tny soalan mcm ni . *erkkk . touching dua saat ! Hehe jangan marah . :D . Zaman sekarang, nak cari awek memang senang. Petik jari, 10 yang datang. Tapi, nak cari bini tersangat-sangatlah susah. Yela.. Semua orang nak yang baik-baik jea. Yang suci murni. Perempuan pun sama. Mesti nak lelaki yang terbaek. Yang masih teruna dara. Sebelum cik fyra meneruskan celoteh , cik fyra nak storymory kat korg satu cerita ni . Bacalah dgn hati yang ikhlas ye . :)
Jom kita ikuti dialog kat bawah ni. Mengenai seorang Lelaki yang terlanjur dengan kekasihnya, Wanita ASetelah segala janji ditaburi. Selepas puas menodai. Si Lelaki sebaliknya memilih Wanita B yang kononnya masih suci untuk dijadikan isteri. Tinggallah Wanita A menyesal tanpa henti. Dialog di bawah bukan idea asal cik fyra . Semoga ia dapat memberi iktibar kepada kita semua.

KETIKA SEDANG HANGAT DILAMUN CINTA
Wanita A : Sayang.. U cintakan I tak?

Lelaki : Ishh! U nii... Ofcoz la I cinta kan U. Sangat-sangat tau! Kalau U takdak, I boleh mati woo..

Wanita A : Betol? Siyes ni?

Lelaki :  Ye Sayang.. I tak tipu.. I swear!

Wanita A : U ni, jangan la raba-raba I..

Lelaki : I raba sikit je la Sayang.. Tak luak pon..

Wanita A : Taknak la.. Kalau terlanjur macam mana?

Lelaki : Kita kahwin la.. I pi jumpa parents U nanti.

Wanita A : Betul U nak kawen dengan I ni?

Lelaki : Betul Sayang.. Sumpah.. U diam ja.. Jangan cakap apa-apa. I pegang sikit ja ni..

(Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Tetttt..)
SETAHUN LEPAS ITU

Wanita A : Sampai hati U tipu I.. Dulu U kata nak kahwin dengan I. Tapi bila U dah dapat 'barang' I, U nak kahwin dengan perempuan lain pulak..

Lelaki : I lelaki.. U ingat I nak kahwin dengan perempuan yang senang-senang I boleh dapat? I nak perempuan yang suci saja untuk dijadikan isteri. Bukan perempuan macam U.. Yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang belum bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan U?

Wanita A : Sampai hati U cakap macam tu! Dulu masa U nak, macam-macam janji manis U bagi. Tapi skrg U salahkan I plak?

Lelaki : I lelaki.. I cuma nak uji tahap keimanan U.. Tapi U bagi.. I ambil la.. Rezeki jangan ditolak.

Wanita A : U memang jantan tak guna! I menyesal kenal dengan U..

Lelaki : U menyesal? Ada I kesah? Janji I puas.. Eh! Jangan lupa datang kenduri I nanti.

Wanita A : U akan dapat balasannya nanti..

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA B
Lelaki : Sayang... I love U so much..

Wanita B : Me too Sayang..

Lelaki : I bertuah dapat kahwin dengan U.

Wanita B : I pun, Sayang.. Tapi sebelum tu, I ada something nak bagitahu U. Tapi U janji jangan marah tau.

Lelaki : Ok, pomiz.. Apa dia Sayang? Cakap la..

Wanita B : Sebenarnya.. U bukan lelaki pertama yang tido dengan I.. Sebelum kita kahwin, I pernah tido dengan semua teman lelaki I.. Untuk suka-suka.. Cari kepuasan.. Tapi bila nak kahwin, I cari lelaki baik dan suci macam U untuk dijadikan suami I.. Supaya U boleh bimbing I kembali ke pangkal jalan. U tak kisah kan?

Lelaki : WHAT???
?? *pengsan..


Nampak ? Nak cari bini bukan senang kan . Rata-rata ramai dah yang tak suci termasuk budak² sekolah . Hari makin hari pembuangan bayi semakin meningkat . Berdasarkan cerita di atas , memang padan la laki tu kena macam tu kan . Tau nak sedap je , yg merana kita perempuan yang lemah ni . * tapi tak semua lelaki macam tu . :) Memang betul lah Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik . Tapi kalau kita tengok dari konteks perasaan , kesian kat wanita A tu kan . tak semena-mena menjadi mangsa si lelaki ni . selami jiwa perempuan..kenapa perempuan tersebut sanggup bagi? kerana dia IKHLAS, SAYANG, dan CINTA pada dikau wahai lelaki. Tambahan pula si lelaki telah berjanji akan menikahi perempuan tersebut , jadi si perempuan hanya mengiyakan saja kerana si lelaki itulah yang diperlukan di saat itu .

Jika pembaca lelaki , berhenti sekejap , buangkan jauh-jauh ego mu itu .

Cuba fikir perasaan perempuan tu sebelum menyerahkan tubuhnya kepada si lelaki . Keluarga , masyarakat , kawan-kawan , tidakkah ianya sesuatu yg  PERIT untuk berterus- terang kepada mereka semua ? Dan sanggup menerima kemungkinan bahawa si lelaki akan tinggalkan dia walaupun kata² janji manismu tlh ditaburkan .*mmg dh kena tggl pun berdasarkan cite kat atas tu kan . Hmm . jadi , kat sini cik fyra nak mintak kaum Adam jawab soalan ni .









Perempuan jawab "Tidak Pasti" untuk tahu result .
Lelaki jawab "Ya" atau "Tidak" sahaja .


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa korg dan pesanan cik fyra :


Jauhilah maksiat . Nikah dulu , baru merasa . perempuan bukannya kereta boleh test drive . Kalau sedap angkat , tak sedap tolak . Dan pihak perempuan pulak janganla letak hantaran yang terlalu tinggi . kita nak nikah ni benda baik , bukan nak jual diri . ye dok ? Papepun renung² kan dan selamat beramal :)





Terima kasih kerana membaca .

12 comments:

up traffics blog said...

ya harusnya sebagai lelaki harus menelusuri terlebih dahulu latar belakang si wanita
lelaki mana yang mau dengan wanita yang sudah ditiduri oleh banyak lelaki gan

fyra roslan said...

up traffics blog - thanx for feedback. tapi kalau lelaki tu pun berperangai tak senonoh , kita nak salahkan siapa ?

Mimi Marilyn said...

ramai dah takde dara pun . ada yang bangga lagi tu..eeeuwwww....tak patut buka aib sendiri .. btw,lelaki yg baik utk perempuan yg baik..sbb tu lelaki tu dpt perempuan lagi teruk..haha..padan muka

fyra roslan said...

Mimi- yup , terutama budak² sekolah . bercerita macam buat sesuatu yg hebat sgt . haha . memang padan la dgn laki tu kan , nak sgt yg 'Suci' . mmg suci betul yg dia dapat . Huhu .

syazmeera yahya said...

padan lah dgn muka lelaki tuu. :)

Azmi Khan said...
This comment has been removed by the author.
Azmi Khan said...

jika si wanita tersebut insaf dan bertaubat why not.....

di dlm islam juga membenarkannya...
x percaya?

rujuk nie :

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9295.0

selagi islam kata boleh maka tiada halangan bg sy....

tiada manusia yg terlepas dr melakukan kesalahan....

dan manusia juga akan berubah dari masa ke semasa.....

yg penting jgn ungkit kisah lalunya kerana jika ia di ungkit tidak mustahil akan berlaku lagi......

nice entry sebenarnye......

fyra roslan said...

Syazmeera yahya - huhu . buat jahat dibalas jahat la .

Azmi Khan : wahh . caya lah . saya tabik dgn pendapat awak tu . ye , mmg manusia tak lari dari kesilapan kan , jadi sbg manusia apalah salahnya kita maafkan saja . sedangkan nabi ampunkan umat , inikan kita manusia biasa . Wallahualam :)

maGhAnna said...

so u guys tobatla b4 its too late.. y penting ingat Tuhan.. da ngndung bwu nak insaf tarak guna..smoga kite same2 dapat hidayah n petunjuk..
p/s:everibody makes mistake..jgn takut ntuk brubah

fyra roslan said...

maGhanna - yup betul² . tapi benda ni takkan jadi kalau iman kuat :)

sam said...

sorry x jawab vote awak sbb soalannya susah sangat...hanya Allah saja maha mengetahui....ye dok...huhu... =b

fyra roslan said...

sam- its alright . Ye lah mmg Allah yg mengetahui . kita hanya merancang je . Kalau kite nak kan sesuatu tu mungkin kita takkan dapat . btw , terima kasih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
HAK CIPTA TERPELIHARA BY : CIK FYRA .